Friday, December 9, 2011

SAINS PERTANIAN –KERTAS 2




Soalan no. 5 mungkin keluar soalan mengenai amali
·        menggunakan kaedah Kuhn(Larutan Penunjuk)
·        menentukan pH tanah menggunakan meter pH
·        menunjukkan keperluan cahaya untuk fotosintisis.

Soalan 6 mungkin ditanya mengenai
·        kawalan perosak menggunakan kaedah kimia    
·        membuat kompos       

Sains Pertanian-Kertas 2


Soalan 3 dan 4 berbentuk kuantitatif (pengiraan angka)
Pengiraan baja, NPM dan belanjawan biasa keluar setiap tahun.    
Kemungkinan soalan 3 tahun ini mengenai pengiraan nutrien,baja dan kos baja.
Soalan 4 a) pengiraan NPM(nisbah penukaran makanan)
Soalan 4 b) pengiraan belanjawan



Sains Pertanian-Kertas 2



 
Soalan 2 

Biasanya soalan memerlukan jawapan dalam bentuk penilaian dan perbandingan(bandingbeza). Perkara-perkara berikut wajib diberi perhatian :

·        Menjelaskan kebaikan dan keburukan organisma (faktor biosis)
·        Membandingbeza pengawalan organisma menggunakan kaedah kimia dengan kaedah biologi
·        Membandingkan kelebihan dan kekurangan foraj dengan konsentrat
·        Mengisi maklumat dalam rekod-rekod berikut
·        Menganalisis rekod fizikal
·        Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari rekod kewangan

Soalan berdasarkan jadual pendapatan,perbelanjaan dan PSRL sesuatu bidang usaha
·        Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha
·        Menilai prestasi bidang usaha berdasarkan keuntungan dan PSRL
·        Membuat keputusan samada meneruskan, membubarkan, menggantikan atau mengubahsuai bidang usaha 
     berkenaan.


Thursday, December 8, 2011

SAINS PERTANIAN - KERTAS 2




Bahagian A  : Soalan 1 (Aplikasi) ; Soalan 2 (Penilaian ) ,
Bahagian B  ; Soalan 3 (Kuantitatif- Baja) ; Soalan 4 (Kuantitatif - Belanjawan dan NPM)
Bahagian C  ; Soalan 5 –(Amali Makmal) ; Soalan 6 (Amali Ladang) .

Setiap soalan 15 markah dan jumlah keseluruhan  60 markah.

Soalan 1 (Aplikasi )
Tajuk-tajuk yang mesti diberi perhatian;

·        Menerangkan cara-cara mengurangkan kesan himpitan iklim.
·        Menerangkan cara-cara pencegahan dan pengawalan penyakit
·        Menerangkan cara-cara merawat penyakit
·        Melakar pelan susun atur ladang.
·        Menyediakan jadual kerja.
·        Menyediakan format rekod yang berkaitan
·        Menghuraikan penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti tanaman dan ternakan
·        Menghuraikan secara ringkas penggunaan komputer dalam pertanian
·        Menerangkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian
·        Menghuraikan kaedah-kaedah membaja
·        Menerangkan kaedah-kaedah pencegahan dan pengawalan hakisan tanah