Sunday, December 11, 2011

Sains Pertanian – kertas 1



Faktor-faktor yang menyebabkan keasidan tanah.
•Kandungan bahan induk
•Larutresapan
•Penggunaan baja kimia
•Pereputan bahan organik

Sains Pertanian – Kertas 1



Kesan angin
·        Transpirasi - kadar transpirasi bertambah bila angin bertiup  
·        Pendebungaan - memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.
·        Penyebaran penyakit dan perosak - memindahkan spora kulat melalui tiupan angin-contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar - serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat bungkus.
·        Fizikal tumbuhan - kerosakan secara mekanik ke atas tanaman - contoh pokok tumbang, dahan patah.
Amalan untuk mengelakkan cedera ribut.
·        Mengadakan pengadang angin
·        Memilih tapak
·        Menyediakan sokongan
·        Menanam pada jarak yang sesuai



Sains Pertanian – Kertas 1



Analisis dan penilaian ladang

• Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari rekod kewangan
• Menilai prestasi bidang usaha
• Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha

Sains Pertanian- Kertas 1



Perkara-perkara yang akan ditanya mengenai tanah
·        Menyatakan cara membaiki keadaan tanah
·        Menyatakan jenis baja dan menamakan contoh baja
·        Menyatakan cara membaja
·        Menyatakan jenis hakisan tanah oleh agen air
·        Menyatakan prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan hanah
·        Menyatakan keadah pencegahan dan pengawalan hakisan tanah
·        Mentafsir gred baja sebatian

Friday, December 9, 2011

Sains Pertanian – Kertas 1




Tajuk : Faktor mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia
Taburan tanaman dan peranan agensi dijangka keluar dalam soalan kertas 1.  
Contoh soalan-
·        Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia.
Tandakan (di atas peta) taburan tanaman dan ternakan di Malaysia -padi (Kedah), nanas(Johor),lada hitam (Sarawak), teh (Cameron Highlands)

SOALAN-SOALAN KERTAS 1



PERANAN AGENSI –AGENSI MEMBANTU SEKTOR PERTANIAN
a)     Menyediakan infrastruktur:- Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air - institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR,TNB
b)     Menjalankan penyelidikan dan pembangunan:- Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)-institusi terlibat MARDI, RRIM, PORIM, MCB, Guthrie, Sime Darby
c)     Memberi khidmat nasihat dan latihan:- Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan-institusi terlibat Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA
d)     Menyediakan peluang pekerjaan:- Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran-institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP
e)     Menyediakan bantuan kewangan:-Perkhidmatan memberi kredit-institusi terlibat BPM, LPP, Jabatan Pertanian
f)       Membuat penyeliaan:- Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)-institusi terlibat Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS
g)     Membantu pemasaran hasil:- Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran-institusi terlibat FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS