Wednesday, September 22, 2010

Prosedur amali Sains Pertanian (SPM)

UJI pH TANAH (KAEDAH KUHN)

Bahan/alat:
Tanah, air suling, barium sulfat, larutan penunjuk universal, tabung uji, carta warna.

Langkah:
1. Masukkan sampel tanah dalam tabung uji
2. Tambah barium sulfat
3. Tambah air suling
4. Titiskan larutan penunjuk universal
5. Tutup tabung uji dan goncangkan
6. Biarkan mendap
7. Perhatikan warna yang terhasil dilapisan atas
8. Padankan warna dengan carta warna pH
9. Tentukan nilai pH

Langkah Keselamatan:
1. Jangan gunakan ibu jari semasa menggoncang untuk menutup tabung uji
2. Goncang hingga sekata
3. Penentuan warna dibuat ditempat terang.

UJI pH TANAH (METER pH)

Bahan/alat:
Tanah, meter pH, air suling, bikar, rod kaca.

Langkah:
1. Meter pH dibuat kalibrasi
2. Masukkan tanah dalam bikar
3. Tambah air suling
4. Kacau
5. Masukkan elektrod meter pH
6. Dapatkan bacaan
7. Ulang langkah diatas untuk sampel tanah lain.

PENGHASILAN MAKANAN SECARA PENAPAIAN

Bahan/alat:
Beras pulut, ragi, air, periuk, bekas plastik, senduk.

Langkah:
1. Basuh beras sehingga bersih
2. Rendam beras
3. Toskan
4. Masukkan beras dalam periuk dan isikan air secukupnya
5. Masak beras pulut
6. Tuang pulut yang masak dalam dulang
7. Ratakan nipis dan biarkan sejuk
8. Hancurkan ragi
9. Tabur rata-rata
10. Gaulkan ragi dengan pulut
11. Masukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup.
12. Biarkan sehingga 48 jam
13. Tanda yang menunjukkan proses penapaian berjaya: Air dalam bekas
bertambah,bau harum dan rasa manis

Langkah Keselamatan:
1. Peralatan yang digunakan bersih
2. Ragi yang digunakan masih baru
3. Ragi mesti digaul rata
4. Pulut mesti masak sepenuhnya

CANTUMAN TUNAS

Bahan/alat:
Pokok penanti, ranting mata tunas (sion), pisau cantuman, pita politena.

Langkah:
1. Pilih pokok penanti
2. Tentukan tapak cantuman
3. Buat 2 kelaran lurus kebawah sepanjang 2 cm dan lebar 1cm
4. Potong kulit dibahagian bawah kelaran
5. Siat kulit keatas
6. Pilih mata tunas dan potong bersama bahagian kayu
7. Potong kepingan mata tunas sama saiz dengan tapak cantuman
8. Tanggalkan bahagian berkayu dari kulit mata tunas
9. Tampalkan kulit mata tunas pada tapak cantuman
10. Balut kulit mata tunas menggunakan pita politena
11. Perhatikan cantuman selepas 3 minggu
12. Tanda kejayaan : Jika kulit mata tunas masih hijau menunjukkan cantuman
berjaya.

Langkah Keselamatan:
1. Gunakan pisau yang tajam
2. Pokok penanti dan mata tunas mesti serasi
3. Kedudukan mata tunas tidak terbalik
4. Lakukan kerja cantuman dengan segera
5. Lakukan diawal pagi atau lewat petang.

No comments:

Post a Comment