Sunday, October 9, 2011

KEPERLUAN CAHAYA UNTUK FOTOSINTESIS


Tujuan : Menunjukkan cahaya diperlukan untuk fotosintesis.

Bahan : Daun hijau, kepingan kad, larutan iodin, larutan etil alkohol,

Radas : Gunting kertas, piring petri, klip kertas, rod kaca, penunu bunsen, bikar 250 ml, tungku kaki tiga, bikar dan kasa dawai.

Langkah - langkah eksperimen:

1 Pilih sepohon pokok

2 Lindungkan daripada cahaya matahari selama 48 jam

3 Pilih sehelai daun yang segar dari pokok tersebut

4 Tutup sebahagian daun itu ( atas dan bawah) dengan kad menggunakan klip kertas

5 Dedahkan pokok kepada cahaya matahari yang terang 2-3 jam

6 Petik daun itu

7 Tanggalkan kad penutupnya

8 Didihkan air menggunakan bikar 250 ml

9 Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih selama 10 minit

10 Keluarkan daun

11 Masukkan larutan alkohol ke dalam tabung uji

12 Rendamkan ke dalam larutan alkohol yang dipanaskan dalam sebuah bikar berair

13 Keluarkan daun

14 Bilas dengan air biasa

15 Letakkan daun ke dalam piring petri

16 Titiskan larutan iodin pada seluruh bahagian daun

17 Biarkan selama 5 minit

18 Keluarkan daun

19 Basuh dengan air biasa

20 Perhatikan warna yang terhasil pada daun

Langkah -langkah keselamatan

1 Semasa eksperimen dijalankan, jauhkan alkohol dari api kerana ianya bahan mudah terbakar

2 Pemanasan alkohol hendaklah dilakukan dalam kukusan air

No comments:

Post a Comment