Wednesday, February 4, 2009

Strategi Menjadi Pelajar Cemerlang


 

1.      Tumpuan Semasa Pengajaran guru.

 

Tidak kira semasa di tingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, pengajaran guru amat mustahak diberi perhatian secara serius. Guru cuba menerangkan isi pelajaran dengan sejelas-jelasnya. Kalau pelajar tidak beri perhatian penjelasan guru tidak akan sampai kepada pelajar. Jika penjelasan ini berkait dengan isi pengajaran seterusnya, masalah pelajar menjadi lebih teruk lagi. Oleh itu adalah sangat perlu pelajar perhati, dengarkan dan lakukan eksperimen dan lain-lain aktiviti semasa pengajaran. Kerapkali pelajar bercakap dengan pelajar lain, melihat tempat lain dan tidak mahu ambil perhatian yang serius. Angkara ini menimbulkan masalah kepada pelajar sendiri.

 

2. Bertanya Kepada Guru

 

Hasrat guru adalah untuk menyampaikan ilmu (isi pelajaran), kebanyakan guru sangat mengalu-alukan pertanyaan dari muridnya mengenai apa-apa perkara yang tidak difahami. Guru sedaya upaya akan cuba memberikan penjelasan yang sebaik mungkin. Oleh itu sebagai seorang pelajar anda patut tiada perasaan malu atau rendah diri untuk bertanya kepada guru anda jika ada perkara yang anda tidak kuasasi.

 

3. Ulangkaji.

 

Amat penting anda mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Sebaiknya apa yang dipelajari hari itu hendaklah buat ulangkaji pada waktu petangnya atau malamnya supaya mudah difahami dan diingati.

 

Disyorkan juga pelajar membuat rujukan sendiri pada isi pelajaran yang akan di ajar pada hari berikutnya, ini baik kerana ada persediaan minda dan pengajaran guru lebih mudah difahami.

 

4.Membuat Rujukan

 

Buku teks utama perlu di gunakan dengan sepenuhnya. Disamping itu jika mampu disyorkan membeli buku-buku rujukan/ulangkaji  yang terdapat di pasaran.

 

5. Membiasakan diri dengan soalan SPM atau yang setaraf.

 

Calon hendaklah ada usaha sendiri mendapatkan soalan-soalan SPM yang lepas-lepas. Cuba jawab soalan ini seberapa banyak yang mungkin. Jika ada kesempatan tanya guru anda bagimana menjawab dengan betul dan mendapatkan markah maksima. Apa salahnya samada sencara sendiri atau kumpulan membina soalan sendiri dan cuba jawab soalan yang anda bina itu. Soalan ini dinamakan soalan belajar.. Disyorkan setiap calon cuba sudah menjawab soalan SPM bagi 5 tahun yang lepas. Ingat semasa menjawab cuba jawab dalam peruntukan masa 1.5 jam sahaja bagi setiap kertas soalan. Penilaian kendiri dapat dibuat dengan kaedah ini seterus pembaikan/pembetulan kendiri juga boleh dilakukan. Biasakan diri anda dengan soalan SPM supaya ia benar-benar dapat dihayati malah bukan sesuatu yang asing bagi anda.

 

6. Membuat Nota Ringkas.

 

Nota ringkas adalah satu-satunya alat yang memungkinkan anda memperolehi kecemerlangan. Dicadangkan nota-nota ini anda buat sendiri menggunakan format/bentuk peta minda, nota pancaran, banding beza, carta aliran dan lain-lain grafik yang mudah difahami.Nota-nota bentuk ini hendaklah dibuat dalam bentuk buku poket yang mudah di bawa kemana-mana.

 

 

7. Mengamalkan Teknik Hafalan.

 

Ada fakta/perkara yang mana perlu dihafal disamping difahami. Oleh itu latihlah diri menghafal sesuatu perkara. Ini tidak bermaksud semua perkara perlu dihafal. Untuk memudahkan proses penghafalan buatkan ayat/kata kunci  atau huruf-huruf yang disusun mengikut sesuatu bunyi yang mudah diingat/hafal. Ini dinamakan neumonik.

Bentuk/format yang mesti dihafal sebagai contoh  ialah format belanjawan.

Begitu juga jenis baja dan peratus baja juga perlu dihafal.

 

8. Keperluan Am.

 

Ini bermaksud perkara-perkara asas yang sepatutnya diketahui oleh pelajar tingkatan 5. Misalnya penggunaan Rajah Segitiga Tekstur Tanah, sistem penghadanan  ruminan dan bukan ruminan, sistem pembiakan ruminan dan bukan ruminan, tut, format belanjawan ladang, penyemburan racun kimia dan lain-lain.

 

9 Membiasakan Menulis dengan Cepat ,Jelas  dan teratur.

 

Satu dari sebab calon kurang mendapat markah ialah ayat yang dibina tidak diketahui maksudnya oleh pemeriksa. Latihkan diri kita supaya membuat ayat yang tidak berbelit-belit dan salah penggunaan perbendahjaraan kata. Gunakan ayat selapis/langsung dan pendek tetapi lengkap.

 

Ingat, pelajar juga mesti biasakan diri menulis dengan cepat dan dalam masa yang sama tulisan boleh di baca. Sebagai panduan tulisan haruslah sederhana besar dan pastikan ia boleh dibaca.

1 comment:

  1. Saya wakil guru kelas 4vt2 meminta guru mengajar kembali kelas sains pertanian

    ReplyDelete